Raudatus sakinah ~

assalam . alhamdulillah , ALLAH bukakkan hatiku malam ni tuk meng'update'kan blog ni yg dah lama sunyi daripada story yg tebaru . Walaupun sekarang ni kita semua tahu yg GAZA sekarang tengah bermandi darah , dibom sana sini . Tengah hari tadi , i'm with my father kebetulan layan channel awani yg mengatakan hari ni gaza dah masuk hari yg ketujuh dibom dan yg palingpaling menyayat hati seramai 100orang warganegara gaza telah dibunuh . ramai tu ! tapi , malam ni kita fokus story pasal kat title tu (Raudatus sakinah )
dan serta merta teringat zahra , dina dan jugak ustaz ahmadi . ;)

jum kita lensakan skop story kita~~(cewah . penangan pmr bm ni!)

Hidup ni kalau boleh nak enjoy . Memang bestkan ? Cuba tanya pada sesiapa saja , mesti dia nak punya! tapi , bukan xboleh . kan ada had dan batasnya . .

Biar aku perkenalkan diriku .Aku Lia dari Utara semenanjung . Aku mula kenal dan start berjinak jinak dengan dunia sosial sejak usiaku 14 tahun . Aku suka mencuba apa yg dilarang oleh ibu ayah dan guru guru ku . Aku disekolah dianggap sebagai pelajar yg 'nakal' . Aku juga start berkenalan dengan seorang mat motor yang bernama Pali . Sekali pandang , mataku macam digam kerana terpegun dengan kekacakannya . Aku juga tidak kisah apa pun anggapan orang sekeliling . Ramai yg tak setuju aku berkawan dengannya . Tapi bagai menyiram air ke daun keladi sahaja aku dengan pendapat mereka tentang Pali .

Pali mengajakku berjumpa dengannya . Katanyya 'taaruf' lebih dekat tentang diri masing2 . Maka , setelah berkali-kali dia memujuk , cairlah hatiku . Pertemuan pertama berlangsung~
Namun , pada tahun 2004 , aku telah berpindah sekolah lain menyebabkan hubunganku terputus buat sementara dengan Pali . Disekolah baru , aku berkenalan dengan Liza namanya . Dia memperkenalkan aku dengan mat motor juga yg bernama Malik . Perhubungan kami hanya bertahan selama lima bulan sahaja~ disebabkan masalah keluarga . Hubunganku dengan Pali kembali rapat .

Aku kerap mabuk dan sering terlanjur . Aku juga menyangka bahawa ibu bapaku tidak mengetahui gerak-geri perlakuanku . Namun , jangan disangka air yg tenang tiada buaya  . . ibu bapaku telah mengetahui segala perlakuanku tanpa perlu aku beritahu  mereka . Nah ! sungguh aku berasa malu yg teramat .

Selepas itu , aku di 'ta'dib' dgan kedua ibu bapaku . Lia yg dahulu sudah aku buang jauh2 . Alhamdulillah , Pali juga tidak lagi mengganguku . Hubunganku dengan ALLAH dan keluarga juga makin rapat . Aku tidak membantah keputusan mereka tuk menghantarku ke pusat pemuihan akhlak di raudatus sakinah . Bahagia mereka , bahagialah aku .

Di raudatus sakinah ini ,banyak perkara yang mendorong aku tuk kembali berubah . let bygone be bygone Lia ! Hidup bertunjangkan nafsu , binasalah jawabnya . Tapi hidup berlandaskan ilmu , in shaa allah tenang menanti ~

+ Taubat tuk sesiapa sahaja lah , nak bertaubat ? jum la . ALLAH sangat menunggu2 taubat kita . Walaupun siapa pun kita sebelum ni . Kita umat nabi muhammad s.a.w . Dimana2 pun boleh bertaubat dengan syarat taubat nasuha . Bersyukurlah kawan . +

No comments:

Post a Comment

Don't Be Silent Readers .. Tinggalkan jejak korang!