1.
Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
2.
Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
3.
Seorang wanita
yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
4.
2 rakaat solat
dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil,
5.
Wanita yang
memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6.
Wanita yang
melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
7.
Wanita yang
habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8.
Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9.
Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
10.
Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11.
Wanita yang
memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa keberkatan.
12.
Wanita yang
menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.
13.
Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
14.
Wanita yang
menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.
Wanita yang
hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
16.
Wanita yang
hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.
Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18.
Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati
syahid.
19.
Jika wanita
melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.
Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21.
Jika wanita
memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.
22.
Jika wanita
memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23.
Wanita yang
meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24.
Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25.
Semua orang
akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
No comments:
Post a Comment
Don't Be Silent Readers .. Tinggalkan jejak korang!