Jadilah wanita paling bertuah di dunia


Apa juga musibah yang datang menimpa, pada akhirnya ia akan menuju kelapangan hati jua..

          Keayuan semula jadimu, wahai saudariku sebenarnya,lebih menarik daripada matahari.sedangkan kewangian budi pekertimu,lebih wangi daripada wangian kasturi. dengan kerelaan hatimu, anda lebih tinggi daripada bulan dan kelembutanmu,lebih halus daripada hujan renyai-renyai kerana itu jagalah kecantikan itu dengan keimanan,kerelaanmu serta iffah dan maruah.

           Oleh itu,wahai saudariku,perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak,tetapi solat 2 rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengahari yang panas kerana berpuasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Pakailah pakaian taqwa, anda akan menjadi wanita tercantik didunia, sekalipun bajumu koyak. Kenakanlah mantel kesantuan, supaya anda menjadi wanita tercantik di dunia meskipun anda jalan berkaki ayam.

           Anda perlu berhati-hati terhadap wanita jahat,kafir, yang suka menipu dan melencong kerana mereka menjadi penghuni neraka Jahanam..


pedoman hidup------>Di mana-mana dalam dunia ini, anda akan mendapati kegelapan. Tiada cara yang paling tepat selain memantulkan cahaya yang ada dalam dirimu.

No comments:

Post a Comment

Don't Be Silent Readers .. Tinggalkan jejak korang!