Kisah 2 keping roti




Pada suatu waktu dahulu,ada seorang lelaki bangsa israel yang kuat beribadat kepada tuhan.
lelaki itu taat kepada semua perintah  dan larangan tuhan.dia melakukan pelbagai ibadat selama 60 tahun di dalam biliknya tanpa keluar rumah.pada suatu hari,hujan turun dengan lebatnya dibumi yang kering itu.segala tanaman dan tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur.
lelaki terasa ingin keluar bersiar-siar.

      "alangkah baiknya kalau aku keluar bersiar-siar di luar sana.aku dapat mengingati kebesaran Tuhan sambil menikmati seluruh kecantikan alam,"monolog hatinya sendiri."

      lelaki itu pun keluar tinggalkan bilik ibadatnya kerana hendak pergi berjalan-jalan dan bersiar-siar.dia membawa 2 keping roti sebagai bekal.sebaik-baik dia berada di luar, dia begitu gembira dan takjub dengan keindahan alam ciptaan Tuhan.sedang dia menghayati keindahan alam selepas disirami hujan lebat,dia terserempak dengan seorang perempuan jelita.selepas bertegur sapa dan berkenalan,lelaki dan perempuan jelita itu bertambah mesra.

       mereka berjalan beriringan sambil menikmati alam.apabila lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin duduk berdua-duaan ,syaitan akan datang dan duduk diantara kedua-duanya.begitulah kebiasaannya.selepas mata bertemu mata,hati mula berkata-kata.mereka mula jatuh cinta.akhirnya mereka berzina. sesudah itu lelaki itu berasa amat bersalah disebabkan selama ini dia takut melangar larangan Tuhan sehingga dia jatuh pitam. apabila tersedar dia segera pergi ke sungai bagi membersihkan tubuhnya yang dirasakan sangat kotor oleh dosa.tiba-tiba, muncul seorang peminta sedekah yang kelaparan.dia meminta makanan daripadanya,lelaki itu berasa simpati dan memberikan 2 keping roti yang dibawa sebagai bekalannya.

       tidak lama selepas kejadian itu lelaki itu jatuh sakit lalu meninggal, maka malaikat menimbang pahalanya selama 60 tahun dan dosa daripadanya berzina.ternyata dosanya lebih berat daripada pahala ibadatnya selama 60 tahun.oleh sebab dosanya lebih berat maka ditimbangkan pahala dari sedekah 2 keping roti yang diberikan kepada pengemis lapar dahulu.berat timbangannya berubah.lelaki itupun terselamat daripada api neraka dan dimasukkan ke syurga..

      itulah berkat 2 keping roti kepada orang yang sangat lapar...

3 comments:

  1. syukran .. insya-ALLAH .. blog ni akan update new story .. +_+

    ReplyDelete
  2. Ohh, post lah banyakbanyak lagi yerrr :') insyaallah orang akan rajin danSentiasa mengusha .

    ReplyDelete

Don't Be Silent Readers .. Tinggalkan jejak korang!