Sujud lega sistem
pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar
mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu
sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,
malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau
akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam
dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual
berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud
ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka
menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah
melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat
asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah
pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan
yang jatuh.
- melegakan sakit hernia.
(burut)
- mengurangkan sakit senggugut
ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada
ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi
pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling
baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah
tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada,
leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu
menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot
itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot
memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal
serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak
manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak
jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta
terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari
segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang
Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak
serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak
dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup
untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
> > > > > >
> > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > >
> > > > > > >
" Barang siapa hafal tujuh
kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada
tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika
lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika
merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala
kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa
inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah
Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya
dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan
selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
No comments:
Post a Comment
Don't Be Silent Readers .. Tinggalkan jejak korang!